IPOH – Kedudukan Ketua Whip Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang disandang Datuk Zainol Fadzi Paharudin tidak terjejas meskipun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik itu telah menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan).
Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, pihaknya telah mendapatkan pengesahan daripada pihak pembangkang berhubung perkara berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad Zahir berkata, Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat, Dewan Negeri Ke-15 Perak akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 8 September nanti.
Ujar beliau, pada persidangan itu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad akan membawa usul Pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia untuk pelantikan seorang senator. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





