MGPerak: Sesi Persekolahan Sekolah Rosak Akibat Ribut Diteruskan Seperti Biasa

169

TAPAH – Kejadian ribut yang berlaku pada Ahad lalu di daerah Perak Tengah tidak menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar walaupun terdapat beberapa sekolah yang mengalami kerosakan serius dalam kejadian tersebut.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, susulan kejadian itu, beliau telah membuat tinjauan di beberapa sekolah antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil, Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Perak dan SK Datuk Sagor.

Menurutnya, pihak sekolah juga telah mengambil langkah penyuraian dengan menempatkan pelajar terbabit di bilik-bilik lain. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini