LARUT – Keluarga kepada penunggang motosikal yang maut akibat dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang, di Selangor pada Ahad nekad mahu mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan buat arwah.
Isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar, Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, keputusan itu juga dibuat sebagai suatu pembelaan buat tiga anaknya, Muhammad Aqif Amsyar, 9; Muhammad Afif Izz Rayqal, 7 dan Nur Humaira, 2, yang kini kehilangan bapa tersayang.
Katanya, perbincangan lanjut berhubung perkara itu juga telah diadakan bersama ahli keluarga bagi mendapatkan pembelaan buat arwah yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu. -MGPerak





