MGPerak: Sinar Syawal 50 Anak Yatim Lenggong

260

Semua insan berhak untuk menikmati kegembiraan Syawal, dan atas semangat itu seramai 50 anak yatim dari Lenggong diberi peluang untuk mendapatkan pakaian raya baharu di gedung tekstil Jakel Ipoh.

Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Zabah Khan berkata, inisiatif tahunan yayasan di bawah Program Sinar Syawal itu sebagai usaha mahu mewujudkan keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Katanya, program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu merupakan usaha berterusan pihaknya bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik, selain memperkukuhkan komitmen Yayasan Perak dalam memberi khidmat kepada masyarakat. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini