IPOH – Polis menahan tiga lelaki termasuk dalang sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak Ogos lalu di sebuah rumah di Jalan St. John, dekat sini, pada Khamis minggu lalu.
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, tangkapan itu susulan serbuan di rumah berkenaan oleh sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Perak dengan dipandu arah oleh suspek pertama berusia 41 tahun, pada jam 6 petang. -MGPerak