Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak merampas 620 produk steroid anabolik, produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai RM2.06 juta dalam serbuan ke di sekitar Ipoh, pada Selasa.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM), Mohd Zawawi Abdullah berkata, serbuan menerusi Ops Pharma 2.0 dan Ops Gudang dijalankan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Perak itu dilakukan di enam premis termasuk gudang.
Katanya, dalam operasi itu, pemilik premis dan pengarah syarikat berkaitan antara enam individu berusia antara 30 hingga 50 telah diambil keterangan bagi membantu siasatan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak