IPOH – Seorang buruh dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga meninggal dunia September lalu.
Tertuduh, Siswadi, 35, dan Nurhayati, 34, yang juga warga Indonesia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Ainul Shahrin Mohamad. -MGPerak