MGPerak: Sultan Nazrin Berangkat Ke Sambutan Jubli Perak UniKL RCMP

10

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Royal College of Medicine Perak (RCMP) di sini, pada Khamis.

Mengiringi keberangkatan baginda, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Turut hadir ke majlis, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; serta Pengerusi UniKL RCMP, Datuk Dr Afifi al-Akiti. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini