Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan ibu pejabat baharu Lembaga Air Perak (LAP), Menara Air Perak, di Basco Avenue @ Kepayang dekat sini, pada Isnin.
Bangunan setinggi 14 tingkat itu terletak kira-kira 5 kilometer (km) daripada bangunan ibu pejabat lama di Jalan St. John, dekat sini.
Menara Air Perak yang mula dibina pada Mac 2016 dengan kos RM92 juta itu siap pada Februari 2023, sebelum beroperasi sepenuhnya pada Mac 2023. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #sultanperak #menaraairperak