IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak, di sini, pada Selasa.
Turut berangkat ke majlis di Jalan Basco Kepayang itu, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.
Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak