IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan Zakat Perak Al-Ridzuan (ZAPAR) yang merupakan inisiatif strategik untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti organisasi zakat di negeri ini.
Titah baginda, penubuhan ZAPAR adalah suatu langkah dinamik untuk memungkinkan perkhidmatan kutipan zakat yang lebih berkualiti dan responsif dapat diberikan kepada pelanggan dan rakyat. -MGPerak