Jambatan Manong yang menghubungkan Kampung Seberang Manong dengan Pekan Manong di Kampung Simpang Melembu, dekat sini, kini dikenali sebagai Jambatan Sultan Muzzaffar Shah.
Perasmian jambatan yang menyeberangi Sungai Perak itu disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Majlis Perasmian Jambatan Sultan Muzzaffar Shah, di Dataran Amanjaya Manong, dekat sini, pada Khamis.
Pembinaan jambatan bernilai RM37.9 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) itu bermula pada 2017 dan siap serta dibuka kepada umum pada Oktober 2019. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #JambatanManong