Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi tahun 2026 berjumlah RM12.6 juta di pekarangan Masjid An-Nur, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar di sini pada Jumaat.
Penyampaian dana zakat berkenaan diadakan sempena Majlis Sambutan Nuzul al-Quran dan Berbuka Puasa Peringkat Negeri Perak, yang diserahkan kepada penghulu mukim dari 12 daerah di Perak bagi mewakili 42,006 orang penerima terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan muallaf di seluruh negeri. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #SultanPerak #SumbanganHariRaya





