MGPerak: Sultan Perak, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Pemergian Tun Abdullah, Ishsam

106

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta rakyat di negeri ini merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Beta bersama Raja Permaisuri, Dewan ini dan seluruh rakyat Beta di negeri Perak menzahirkan rasa dukacita atas kembalinya ke Rahmatullah Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Jean Abdullah dan keluarga Allahyarham.

“Semoga roh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dilimpahi rahmat İhsan Ilahi ditempatkan dalam kalangan roh para Solihin,“ titahnya hari ini. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini