MGPerak: Suspek Keempat Ditahan, Kes Tertembak Rakan Semasa Memburu

105

IPOH – Polis menahan seorang lagi suspek berhubung kes seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai tertembak ketika aktiviti memburu di Batu Caves, Selangor, sebelum mayatnya ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Selamat, Semanggol pada Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, suspek lelaki berusia 50 tahun itu ditahan sekitar jam 4.30 petang pada Selasa lalu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dan sebuah telefon bimbit turut dirampas.

Menurutnya, jumlah itu menjadikan kesemua empat suspek yang terlibat dalam kejadian itu telah berjaya ditahan polis. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini