IPOH – Kerajaan Perak berharap usaha menarik pelabur asing ke negeri ini tidak terjejas susulan pengumuman Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan kadar tarif import sebanyak 25 peratus terhadap Malaysia, baru-baru ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana ketika ini kerajaan negeri sedang giat membawa masuk pelabur luar sebagai usaha untuk merancakkan sektor ekonomi negeri. -MGPerak