IPOH – Kerajaan Negeri Perak tidak teragak-agak untuk menarik balik tauliah pengagihan kotak makanan yang diberikan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekiranya mereka terbukti melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri melalui Yayasan Perak berbuat demikian bagi memastikan semua NGO yang terlibat menyampaikan kotak makanan dengan amanah dan bertanggungjawab. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak