BERMULA daripada sebuah gerai kecil, kini restoran Capati Corner Cheese Nan Viral mampu menampung sehingga 500 pelanggan pada satu-satu masa selepas beroperasi lebih empat dekad di Temoh berhampiran Pekan Tapah.
Pemiliknya, Mohd Yazid Mohd Ashraf, 44, berkata, restoran itu menjadi tarikan pengunjung kerana terkenal dengan tekstur capati yang lembut dan kekal enak walaupun selepas dibungkus untuk dibawa pulang.
Menurutnya, perniagaan capati yang diwarisi daripada ibunya diambil alih dan dikembangkan sekitar 20 tahun yang lalu. -MGPerak