Lebih 3,000 penganut Buddha berkumpul di tokong Enlightened Heart Tibetan Buddhist, Tambun di sini bagi sambutan Hari Wesak pada Isnin.
Timbalan Sami (Abbot), Sin Kiat berkata, sebanyak 43 buah bas dari seluruh Malaysia antaranya, Johor, Pulau Pinang dan Kedah menyertai upacara keagamaan tersebut.
Menurutnya, upacara keagamaan itu bermula seawal jam 10 pagi dan mengambil masa kira-kira 45 minit bagi setiap penganut untuk melalui sekeliling tokong tersebut. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #wesak #visitmalaysia2026