Tiada budaya ‘kapla’ atau gangsterisme wujud di asrama sekolah-sekolah dalam negeri ini, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah.
Menurut beliau, ia berdasarkan hasil siasatan dijalankan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dan maklumat yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kes-kes buli yang berlaku adalah akibat perasaan tidak puas hati yang timbul serta perselisihan komunikasi antara murid,” katanya. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #budayagangsterisme