Pelaksanaan dasar larangan penjualan minuman keras oleh premis perniagaan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam bakal dilaksanakan di bandar raya ini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia selepas terdapat permintaan daripada penduduk di kawasan terlibat untuk Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melaksanakan larangan berkenaan seperti di Gugusan Manjoi sebelum ini. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak