IPOH – Tiada perubahan susun atur tempat duduk berlaku pada Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bersidang selama enam hari bermula 14 hingga 21 April ini.
Speaker DUN Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung perkara tersebut.
Menurutnya, susunan tempat duduk ADUN akan kekal seperti sebelum ini melainkan terdapat permohonan untuk menukar tempat duduk kepada Pejabat Speaker. -MGPerak





