KAMPAR – Penantian tiga beradik untuk mendapatkan sijil kelahiran akhirnya tercapai apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak menyerahkan dokumen tersebut kepada mereka di Kampung Tebing Tinggi, Malim Nawar, di sini, pada Selasa.
Malah, hasrat salah seorang daripada tiga adik beradik itu, Nur Ashikin Hariandi, 21, untuk ke jenjang pelamin hujung tahun ini dapat dilaksanakan selepas dia menerima dokumen berkenaan hari ini.
Nurashikin bersama abangnya, Muhammad Harudin, 23, dan adik lelakinya, Mohamad Haikal, 10, sebelum ini tiada sijil kelahiran sejak kecil. – MGPerak