IPOH – Kerajaan Negeri telah mengarahkan pemberhentian sementara operasi tiga syarikat perlombongan di Hulu Perak susulan laporan air Sungai Perak bertukar warna kebiruan baru-baru ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, arahan berkenaan telah dikeluarkan sebaik sahaja kerajaan negeri menerima laporan awal berhubung pencemaran air Sungai Perak yang didakwa berlaku di di Kampung Sungai Papan, Gerik. -MGPerak





