MGPerak: TMP 2024: GRG UTP Terima Pengiktirafan MBOR

256

Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini mengorak langkah kehadapan apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record (MBOR), pada Khamis.

Pengiktirafan diterima itu bagi pembukaan taman batuan geologi atau Geological Rock Garden (GRG) terbesar, serta buku realiti imersif atau realiti maya pertama bagi universiti di negara ini.

Pegawai MBOR, Siti Hajar Johor menyampaikan sijil pengiktirafan itu kepada Naib Canselor UTP, Datu Dr Mohamaed Ibrahim Abdul Mutalib, sambil disaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada Majlis Pembukaan Rasmi GRG UTP, pada Khamis.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini