PARIT – Seramai 14 orang pelajar di bawah Program Anak Angkat Cikgu Saarani menerima komputer riba selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Komputer riba itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sewaktu Majlis Pelancaran Mahasiswa Perak Sejahtera 2030 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar, di sini pada Isnin.
Salah seorang penerima, K Tamilvili, 18, yang mendapat keputusan 11A mengucapkan terima kasih dan sangat gembira apabila menerima komputer riba tersebut. -MGPerak