Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM4.4 juta bagi operasi dan pelaksanaan program Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) pada Belanjawan Perak 2026 yang dibentangkan pada Selasa.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jumlah itu meningkat sebanyak RM400,000 berbanding RM4 juta pada tahun lalu.
Menurutnya, selain itu, peruntukan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut ditingkatkan kepada RM7 juta iaitu peningkatan RM500,000 berbanding tahun 2025. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #belanjawanperak2026 #TVET





