BIDANG Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak seharusnya dipandang enteng memandangkan ia kini menawarkan peluang pekerjaan lebih cerah kepada graduannya.
Persepsi segelintir masyarakat yang meletakkan bidang profesional sebagai keutamaan dalam kerjaya masing-masing perlu diubah memandangkan bidang kemahiran juga tidak kurang hebatnya pada era kini.
Di Perak misalnya, mempunyai ekosistem latihan kulinari yang lengkap dan tersusun, merangkumi lebih 30 institusi awam dan swasta yang menawarkan pelbagai latihan dalam bidang kulinari serta makanan dan minuman (F&B). -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #peraksejahtera2030 #TVET #Graduankulinari