MGPerak: Umat Islam Digalak Bentuk Persefahaman Dengan Bukan Islam, Tangkis Islamofobia – PM

491

IPOH – Umat Islam disaran untuk menggalakkan aktiviti perbincangan dan membentuk persefahaman dengan masyarakat bukan Islam sebagai usaha menangkis pandangan Islamofobia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan berkenaan agama, budaya dan tamadun lain adalah perlu bagi membentuk persefahaman merentasi masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia.

Katanya, masalah umat yang dihadapi ketika ini adalah kejahilan ekoran daripada perkara itu sehingga menyebabkan umat menghadapi masalah dalam mewujudkan pandangan atau wacana tanpa prejudis. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini