MGPerak: UMNO Tolak Kerjasama Selagi Hadi Presiden Pas – Ahmad Zahid

172

KUALA KANGSAR – UMNO menolak kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi tampuk pimpinan parti berkenaan, tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, ia berdasarkan pengalaman beliau berbincang bersama Hadi sebelum ini yang sentiasa mengubah pendirian selepas memperoleh persetujuan.

“Saya ingat lagi dalam Majlis Tertinggi UMNO, Perdana Menteri ketika itu yang mewakili kita berkata, UMNO mesti bekerjasama dengan Pas kalau tidak kita menang sembilan kerusi sahaja dan tidak boleh bentuk kerajaan.

“Saya bentang pada Majlis Tertinggi ketika itu di mana saya seorang sahaja dan berkata tidak boleh beri pada Pas kerana Pas ini membohong dari dahulu sampai sekarang,” katanya. – MGPerak

#MalaysiaGazettePerak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini