Cadangan Pas agar umur Perdana Menteri berusia bawah 70 tahun merupakan isyarat halus menolak pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan tersebut.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, cadangan tersebut ditimbulkan ketika Perikatan Nasional (PN) mahu memilih calon perdana menteri jika mereka menjadi kerajaan kelak.
Beliau berkata, meskipun Pas tidak memetik nama berkenaan secara terang ia sudah cukup menjelaskan bahawa usia Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sudah melebihi 70 tahun. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #Pas #AMK #PN