IPOH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan keyakinan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Royal College of Medicine Perak (RCMP), bakal menjadi hospital pengajar di negeri ini.
Menurut Ahmad Zahid, sehingga kini, UniKL RCMP terus mengekalkan mutu pengajaran, kurikulum bertaraf antarabangsa serta kekuatan tenaga akademiknya.
Beliau berkata, hasilnya, seramai 10,950 graduan telah berjaya dilahirkan yang berbakti kepada tanah air dan dalam masa yang sama turut mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. -MGPerak