Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir tetap meluangkan masa untuk bersenam bagi mengekalkan stamina dan kecergasan sepanjang tempoh berkempen menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Menurutnya, meskipun jadual harian padat dengan aktiviti bermula seawal Subuh hingga lewat malam, beliau tetap mencari ruang untuk berehat, bersenam dan mengambil makanan tambahan bagi memastikan tubuh sentiasa bertenaga. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #prkayerkuning