MGPerak: Ustaz Yusri Tunai Solat Jumaat, Santuni Jemaah

121

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri menunaikan solat Jumaat bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Masjid Jamek As Solihin, Temoh Stesen.

Ustaz Yusri sempat menyantuni kariah masjid serta beramah mesra bersama para jemaah pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Kehadiran Ustaz Yusri mencerminkan komitmen beliau untuk terus dekat dengan rakyat, membawa suara masyarakat ke hadapan dan memperjuangkan agenda pembangunan yang inklusif serta berteraskan nilai-nilai Islam serta kebajikan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #prkayerkuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini