Seorang wanita yang bertindak naik ke pentas utama dan mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 di hadapan Dewan Bandaran semalam direman tiga hari.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, perintah tahanan reman bermula hari ini hingga Rabu terhadap wanita berusia 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
“Penahanan itu bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Isnin. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #SultanPerak #SambutanHariKebangsaanPeringkatNegeriPerak2025