Mengangkat tema warisan nelayan darat, rumah sukan Kampung Perah di sini, berjaya meraih gelaran Rumah Sukan Terbaik sempena karnival Sukan Rakyat@DUN Temengor yang diadakan di sini pada Sabtu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Perah, Mohd Asri Mohd Yusof berkata, kejayaan tersebut dicapai hasil kesepakatan ahli jawatankuasa dan penduduk kampung yang berganding bahu menjayakan persiapan sejak peringkat awal. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #warisannelayandarat #kampungperah #karnivalSukanRakyatDUNTemengor





