Umum mengetahui kuning merupakan warna Jabatan Kerja Raya (JKR) namun berbeza pada Sukan Rakyat@DUN (Dewan Undangan Negeri) Temengor jabatan kerajaan itu menjadi serba hijau.
Keunikan itu menjadi antara tarikan kepada pengunjung apabila melihat tulisan JKR Hulu Perak, namun hiasan khemah dan pakaian serba hijau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, Datuk Salbiah Mohamed berkata, sebanyak 19 buah rumah sukan diwujudkan bagi menjayakan Sukan Rakyat@DUN Temengor yang melibatkan penduduk kampung serta agensi dan jabatan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak