IPOH – Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) adalah platform terbaik dalam membincangkan permasalahan yang berlaku dalam dunia Islam.
Bekas Naib Presiden Indonesia, Muhammad Jusuf Kalla berkata, persidangan itu adalah contoh terbaik kepada negara-negara Islam lain dalam mempromosikan dialog intelektual dan pertukaran idea pada peringkat global. – MGPerak