MIC hormati keputusan PN tidak buka pintu penyertaan

IPOH – MIC menghormati dan menerima keputusan daripada Perikatan Nasional (PN) sekiranya gabungan itu tidak lagi membuka ruang kepada parti tersebut untuk menyertainya.

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, parti itu juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana komponen PN termasuk Pas susulan perkembangan tersebut.

“Apabila tawaran itu diberikan dahulu, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang menerajui PN dan MIC memang sudah bersedia untuk menyertainya, tetapi keputusan muktamad belum dibuat.

“Selepas berlaku perubahan kepimpinan, bukannya kita menentang atau mempunyai masalah dengan Pas, tetapi mandat yang diberikan oleh akar umbi MIC ketika itu adalah berdasarkan syarat bahawa gabungan tersebut diterajui oleh Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Sambutan Hari Keluarga Sempena Ulang Tahun MIC Ke-80 di Taman DR Seenivasagam, di sini, pada Ahad.

MIC hormati keputusan PN Related Keyphrases MIC tidak sertai PN Perikatan Nasional MIC S A Vigneswaran MIC kekal bersama BN Takiyuddin Hassan MIC hormati keputusan PN MIC tidak sertai PN MIC kekal bersama BN S A Vigneswaran Takiyuddin Hassan Perikatan Nasional MIC Penyertaan MIC dalam PN Politik Malaysia Bersatu dan MIC Hubungan MIC BN
Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran turut menyertai senam aerobik pada Sambutan Hari Keluarga MIC Sempena Ulang Tahun MIC Ke-80 di Taman DR Seenivasagam, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 31 MEI 2026.

Vigneswaran berkata, sebarang keputusan berkaitan hala tuju parti tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya sebaliknya ia perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) serta akar umbi parti.

“Apabila keadaan berubah, kita perlu kembali mendapatkan pandangan akar umbi dan itulah yang kita maklumkan kepada mereka.

“Mereka pula memaklumkan bahawa tawaran (menyertai PN) itu sudah tidak ada lagi, dan bagi kami ia tiada masalah,” katanya.

Mengulas kenyataan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilihat seolah-olah menutup pintu kepada MIC untuk menyertai PN, Vigneswaran berkata, kenyataan tersebut tidak membawa maksud parti itu ditolak sepenuhnya.

“Beliau tidak pernah berkata PN tidak akan menerima MIC lagi. (Sebaliknya) beliau hanya menyatakan ruang yang diberikan sebelum ini sudah ditutup, itu sahaja,” katanya.

MIC hormati keputusan PN Related Keyphrases MIC tidak sertai PN Perikatan Nasional MIC S A Vigneswaran MIC kekal bersama BN Takiyuddin Hassan MIC hormati keputusan PN MIC tidak sertai PN MIC kekal bersama BN S A Vigneswaran Takiyuddin Hassan Perikatan Nasional MIC Penyertaan MIC dalam PN Politik Malaysia Bersatu dan MIC Hubungan MIC BN
Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran pada sidang media Sambutan Hari Keluarga MIC Sempena Ulang Tahun MIC Ke-80 di Taman DR Seenivasagam, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 31 MEI 2026.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, MIC terus kekal bersama Barisan Nasional (BN) meskipun tidak memegang mana-mana jawatan utama dalam pentadbiran kerajaan di Persekutuan.

“Kita tidak menerajuk dan kita tidak perlukan jawatan. Namun, yang lebih penting ialah memastikan hak semua rakyat terus dipelihara dan dijaga.

“Sejak penubuhan parti, kita sudah membuktikan bahawa MIC boleh terus berkhidmat walaupun tanpa jawatan,” katanya lagi.

Pada 17 Mei lalu media melaporkan, keputusan penyertaan MIC sebagai parti anggota PN tidak lagi relevan dan terbatal susulan ketiadaan pengesahan parti itu untuk menyertai gabungan tersebut.

Takiyuddin dilaporkan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat PN yang dikendalikan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada bulan sama.

Jelas beliau, ia susulan MIC belum memberikan kata putus berhubung keputusan kemasukannya sebagai parti anggota PN yang dibuat pada 9 Disember 2025 walaupun telah beberapa kali diminta berbuat demikian. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Keputusan terima MIC sebagai parti anggota PN terbatal

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI