Mini Konvensyen Kerajaan Perpaduan akan diadakan dekati rakyat

IPOH – Kerajaan Perpaduan Perak akan meneruskan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi meraih kembali kepercayaan rakyat dan akar umbi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penganjuran Konvensyen Kerajaan Perpaduan secara mini itu bakal melibatkan semua parti di bawah Kerajaan Perpaduan di mana setiap pimpinan akan diberi peluang menyampaikan ucapan.

“Konvensyen ini bukan setakat diperingkat negeri sahaja ia juga mesti diteruskan ke Parlimen, DUN, dan PDM kerana perlu ada keserasian yang kuat antara kedua-dua pihak.

“Kita yakin kita boleh memberi keyakinan kepada rakyat Perak bahawa Kerajaan Perpaduan di negeri ini kuat, kukuh dan sedia melaksanakan langkah-langkah memakmurkan negeri serta mensejahterakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini, pada Ahad.

Perak anjurkan Konvensyen Mini Kerajaan Perpaduan dekati rakyat
Suasana sekitar Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JANUARI 2024.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, sebagai permulaan pihaknya akan memulakan penganjuran mini konvensyen berkenaan di peringkat Parlimen Parit Buntar dalam masa terdekat.

Menurut beliau, ia selepas melihat kejayaan penganjuran mini konvensyen Kerajaan Perpaduan di Lenggong oleh Saarani pada 14 Januari lalu yang dihadiri lebih 1,000 orang.

“Kita mahu membawa satu gelombang yang mana saya yakin bila selesai resolusi ia boleh menjadi satu kekuatan untuk kita turun ke bawah dan bukan sekadar menganjurkan konvensyen.

“Selepas ini di daerah Kerian, Parit Buntar di bawah saya InsyaAllah kita akan buat satu konvensyen di peringkat akar umbi yang akn menghimpun semua kawasan-kawasan sekitar,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Anwar, Zahid dijangka hadir Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI