MPKK mohon RM1.2 juta baiki Kolam Renang Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) telah menghantar permohonan peruntukkan kira-kira RM1.2 juta kepada kerajaan bagi baik pulih kerosakan dan pengoperasian semula Kolam Renang Kuala Kangsar.

Yang Dipertua MPKK, Dr. Sakduddin Zamli berkata, permohonan yang dibuat pada awal Januari itu diusul kepada Kerajaan Negeri Perak, dan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Beliau berkata, justeru itu pihaknya berharap akan ada berita baik buat pihaknya dalam usaha membaik pulih kolam renang yang mengalami kerosakan sejak ditutup tiga tahun lalu itu.

kolam renang kuala kangsar MPKK baik pulih kos peruntukan kerajaan negeri persekutuan kementerian KPKT MOTAC kolam renang kuala kangsar MPKK baik pulih kos peruntukan kerajaan negeri persekutuan kementerian KPKT MOTAC
Kolam renang Kuala Kangsar ditutup kepada orang ramai selepas mengalami kerosakan sejak November 2021 sehingga kini. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 JANUARI 2024.

“Kerja-kerja baik pulih pusat rekreasi ini memang memakan kos yang tinggi kerana ia dilengkapi dengan kolam renang bersaiz Olimpik.

“Malah, jika dilihat pada statistik, jumlah pengunjung ke kolam berkenaan boleh mencecah sehingga 3,000 orang dalam sebulan ketika ia masih beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Sesi Perjumpaan Yang Dipertua MPKK selepas Mesyuarat Penuh MPKK, di Wisma MPKK di sini, pada Rabu.

kolam renang kuala kangsar MPKK baik pulih kos peruntukan kerajaan negeri persekutuan kementerian KPKT MOTAC kolam renang kuala kangsar MPKK baik pulih kos peruntukan kerajaan negeri persekutuan kementerian KPKT MOTAC
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Dr. Sakduddin Zamli ketika perjumpaan bersama media di Wisma MPKK. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 JANUARI 2024.
kolam renang kuala kangsar MPKK baik pulih kos peruntukan kerajaan negeri persekutuan kementerian KPKT MOTAC kolam renang kuala kangsar MPKK baik pulih kos peruntukan kerajaan negeri persekutuan kementerian KPKT MOTAC
Sekitar kolam renang Kuala Kangsar yang ditutup kepada orang ramai selepas mengalami kerosakan sejak November 2021 sehingga kini. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 JANUARI 2024.

Dalam pada itu, Sakduddin memberitahu, sebelum ini pihaknya ada menerima kertas kerja daripada dua syarikat swasta untuk membaik pulih Kolam Renang Kuala Kangsar.

Namun ujar beliau, selepas proses penelitian dilakukan pihaknya mendapati ia dilihat kurang memuaskan.

“Kita memang berhasrat untuk mengoperasikan semula Kolam Renang Kuala Kangsar, namun mungkin selepas ini ia akan dijalankan dengan format lain seperti memasukkan elemen komersial dan sebagainya,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pihaknya bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan MPKK berhubung usaha membaik pulih kolam renang tersebut,

kolam renang kuala kangsar MPKK baik pulih kos peruntukan kerajaan negeri persekutuan kementerian KPKT MOTAC kolam renang kuala kangsar MPKK baik pulih kos peruntukan kerajaan negeri persekutuan kementerian KPKT MOTAC
Kolam renang Kuala Kangsar ditutup kepada orang ramai selepas mengalami kerosakan sejak November 2021 sehingga kini. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 JANUARI 2024.

Beliau mengusulkan tiga pilihan yang boleh dilaksanakan MPKK berhubung perkara itu iaitu mengemukakan permohonan kepada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri atau melaksanakan kerja-kerja baik pulih melalui usahasama dengan syarikat swasta.

Media sebelum ini melaporkan sekitar RM1 juta diperlukan bagi membaik pulih Kolam Renang Kuala Kangsar selepas ia mengalami kerosakan antaranya membabitkan kerosakan lantai, dan tidak boleh digunakan sejak November 2021.

kolam renang kuala kangsar MPKK baik pulih kos peruntukan kerajaan negeri persekutuan kementerian KPKT MOTAC kolam renang kuala kangsar MPKK baik pulih kos peruntukan kerajaan negeri persekutuan kementerian KPKT MOTAC
Kolam renang Kuala Kangsar ditutup kepada orang ramai selepas mengalami kerosakan sejak November 2021 sehingga kini. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 JANUARI 2024.

Kolam renang yang terletak di Bukit Chandan dan dibina pada Oktober 2005 itu merupakan cetusan idea Sultan Perak ketika itu, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dengan tujuan mewujudkan pusat rekreasi sukan renang di daerah itu.

Pusat rekreasi yang pernah menjadi tumpuan penduduk setempat itu terdiri dengan pelbagai fasiliti termasuk kolam renang dewasa bersaiz kolam renang Olimpik, kolam renang kanak-kanak, dewan serbaguna dan sebagainya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

RM11 juta untuk 86 projek di Kuala Kangsar, Sungai Siput

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI