NADMA, agensi berkaitan pantau banjir, laksana SOP

PUTRAJAYA – Semua agensi berkaitan bencana banjir akan terus memantau dan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang melanda beberapa buah negeri.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, ia merupakan SOP yang sering dilaksanakan setiap kali musim tengkujuh.

“Kita sudah ada yang saya katakan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang kita wujudkan, di setiap peringkat sudah ada.

“Jadi apabila berlaku bencana, SOP khususnya berkaitan menyelamat dan memindahkan mangsa itu akan bergerak untuk pastikan apa sahaja tindakan, usaha menyelamat akan ada, SOP itu sudah ada, ia bergerak agak baik sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Garis Panduan Tadbir Urus Dan Etika Kecerdasan Buatan Negara (Artificial Intelligence Governance And Ethics – AIGE).

Tambah Fadillah , selain SOP berkenaan pemindahan mangsa banjir kerajaan dalam masa yang sama kerajaan turut menumpukan bantuan yang perlu disalurkan.

Sehingga pagi tadi, seramai 6,104 mangsa daripada 1,947 buah keluarga yang terjejas banjir ditempatkan di 38 Pusat Pemindahan Sekentara (PPS) di tujuh daerah.

Berdasarkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,425 orang, diikuti Kubang Pasu (1,540), Pokok Sena (932), Pendang (806), Kuala Muda (184), Bandar Baharu (137) dan Kulim (80).

Dilaporkan sehingga kini, semua mangsa banjir terdiri daripada 2,184 lelaki dewasa, wanita (2,332), kanak-kanak lelaki (738), kanak-kanak permepuan (734), bayi lelaki (53) dan bayi perempuan (63).-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI