Nahas helikopter: Belasungkawa, selamat jalan 10 wira negara

IPOH – 10 wira serta wirawati Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter milik TLDM yang terhempas di Lumut Selasa lalu selamat dan selesaikan disemadikan di kampung halaman masing-masing.

Terdahulu, proses bedah siasat kesemua mangsa yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.

Nahas helikopter TLDM selamat jalan wira negara Lumut
Istiadat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika pengebumian jenazah Allahyarham Pegawai Waran II TLDM, Mohd Shahrizan Mohd Termizi di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Lekir, Sitiawan. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 APRIL 2024.

Kemudian, lapan jenazah beragama Islam dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Jalan Tambun untuk solat jenazah sementara dua yang lain dibawa terus ke kampung halaman masing-masing, hari sama.

Kenderaan milik TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jenazah bergerak ke beberapa lokasi pengebumian pada jam 6 petang dengan diiringi polis.

Nahas helikopter TLDM selamat jalan wira negara Lumut
Isteri, Aliya Amalina Md Noor bersama anaknya, Wan Alyan Riz, 4, mengucup keranda suaminya, Allahyarham Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 APRIL 2024.

Suasana pilu, tangisan syahdu dan linangan air mata ahli keluarga, kenalan serta rakan seperjuangan mengiringi perjalanan terakhir wira-wira negara ini.

Di Perak, lebih 500 termasuk ahli keluarga, kenalan serta orang ramai mengiringi pengebumian jenazah Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, 41, pada kira-kira jam 10 malam di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Lekir, Lumut.

Jasad mendiang Leftanan T. Sivasutan, 31, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut tiba Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram, dekat Kampung Serdang Sitiawan, pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 APRIL 2024.

Suasana pilu mengiringi Jenazah Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, yang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Damak, Sungai Bayor, Selama malam tadi.

Allahyarhamah Noorfarahimi, 41, selamat dikebumikan pada jam 9 malam mengikut adat istiadat TLDM selain dibantu penduduk.

Ahli keluarga dan kenalan melakukan solat jenazah kepada Allahyarham Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin sebelum dikebumikan ketika di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 APRIL 2024.

Sementara jasad mendiang Leftenan T Sivasutan, 31, disemadikan dengan cara dibakar pada jam 12.15 di Pusat Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram di Sitiawan, pada Khamis.

Di samping itu, Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, pula selamat dikebumikan pada jam 8.50 malam di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, di Pulau Pinang, pada Rabu.

Ahli keluarga dan kenalan melakukan proses pengebumian Allahyarham Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin ketika di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 APRIL 2024.

Jenazah juruterbang TLDM Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin, 37, dikebumikan kira-kira jam 10 malam di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Muda, Kuala Lumpur.

Pada hari sama di Kedah, jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, dikebumikan dalam suasana sayu di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat, Yan pada jam 9.55 malam.

Lapan van membawa jenazah mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tiba untuk disolatkan di Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai, di Jalan Tambun, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 APRIL 2024.

Jenazah Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, 36, pula selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sik Dalam, Sik, pada jam 10.10 malam, bersebelahan pusara ibunya, Fatimah Abdullah yang meninggal dunia Ogos tahun lalu.

Selain itu, Jenazah Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan kira-kira jam 11 malam.

dikebumikan
Jenazah Pegawai Waran II Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohd Sharizan Mohd Termizi selamat tiba di kediaman keluarganya di Taman Bunga Tanjung, Batu 10, Lekir Sitiawan. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 APRIL 2024.

Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM Komander Muhamad Amir Mohamad, 44, yang dikebumikan pada jam 12.30 tengah malam Rabu, di Tanah Perkuburan Islam Felcra Bukit Kepong, di Labis, Johor.

Pada Khamis, mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna, 26, disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkaroh, Tabakang, Sarawak pada jam 11.20 pagi.

Jasad mendiang yang diterbangkan di menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak pada jam 11.54 malam Rabu.

Jenazah Allahyarham Pegawai Waran II Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohd Shahrizan Mohd Termizi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Lekir, Sitiawan. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 APRIL 2024.

Sementara itu, jasad mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna, 26, yang diterbangkan menggunakan pesawat C-130 milik TUDM tiba di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak pada 11.54 malam dan akan dibawa ke Serian untuk disemadikan.

Pada Selasa, negara digemparkan apabila 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam nahas dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada jam 9.32 pagi. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI