NGO gesa sekat penjualan sunshade sebelum saman pengguna

GEORGE TOWN – Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat menggesa pihak berkuasa memberi keutamaan kepada usaha menyekat penjualan dan pengimportan pelindung matahari (sunshade) sebelum mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengguna kenderaan.

Naib pengerusinya, G. Mukkesh berkata, aksesori kenderaan itu masih mudah diperoleh di pasaran dan keadaan tersebut menimbulkan persoalan mengenai kewajaran tindakan terhadap pengguna.

Beliau berkata, pengguna membeli sunshade kerana ia dijual secara terbuka di kedai-kedai dan platform dalam talian selain digunakan bagi mengurangkan kesan cuaca panas ketika memandu.

“Bagaimanakah sesuatu produk boleh dibawa masuk dan dijual secara terbuka jika penggunaannya dianggap satu kesalahan di bawah peraturan sedia ada?

Mukkesh.

“Jika benar ia tidak dibenarkan, tindakan sewajarnya perlu bermula di peringkat kemasukan dan penjualan produk, bukannya selepas rakyat membelinya untuk kegunaan harian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, adalah tidak adil untuk melakukan tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan saman kepada pengguna sedangkan produk berkenaan masih dibenarkan berada di pasaran tanpa sekatan yang jelas.

“Justeru kita menggesa pihak berkaitan mengambil tindakan terhadap keseluruhan rantaian pengedaran, termasuk pengimport dan penjual, sekiranya kerajaan berpendirian bahawa penggunaan sunshade menyalahi peraturan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, penggunaan sunshade yang tidak mengikut spesifikasi boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, namun perkara itu bukan keutamaan penguatkuasaan ketika ini.

Beliau menjelaskan, JPJ tidak pernah mengeluarkan saman terhadap pengguna yang memasang sunshade setakat ini, sebaliknya tumpuan lebih diberikan kepada kesalahan yang lebih kritikal seperti lumba haram, pemanduan mabuk dan aktiviti rempit yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI