Ops Kesan 2.0: 31 syarikat terima Notis Bertulis KPDN

IPOH – Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan 31 notis di bawah Ops Kesan 2.0 kepada syarikat pelbagai sektor dalam tempoh seminggu di Negeri Perak.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kesemua Notis Bertulis (NB) dikeluarkan itu hasil pemeriksaan dan advokasi yang dijalankan pihaknya ke atas 1,291 premis.

“Antara sektor yang telah dibuat serahan notis adalah 23 syarikat sektor pengangkutan melibatkan, sektor bahan binaan (dua syarikat), serta sektor makanan dan minuman (enam syarikat).

“Sehingga hari ini sebanyak tiga aduan telah diterima KPDN Perak dan syarikat yang dikenal pasti ini telah diminta untuk memberikan penjelasan berkaitan kewajaran tindakan syarikat terbabit untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

“Dua syarikat sektor makanan dan minuman masing-masing di Teluk Intan dan Ipoh, serta satu syarikat bagi sektor pengangkutan di Taiping juga telah diberi notis,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Kamalludin, KPDN Perak akan terus melaksanakan pemantauan Ops Kesan 2.0 bagi memastikan tidak berlaku elemen pencatutan harga barangan dan perkhidmatan ekoran penyasaran subsidi diesel yang sedang dilaksanakan.

“KPDN akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti pencatutan pasca pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

“Mana-mana pihak yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga dan caj perkhidmatan akan dikenakan tindakan yang tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723),” katanya lagi. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Penyasaran subsidi diesel: KPDN Perak pantau kenaikan harga

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI