Pajero terbakar lepas rempuh belakang lori berhenti

TANJUNG MALIM – Kenderaan jenis Mitsubishi Pajero (Pajero) dinaiki dua lelaki warga emas yang maut dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori muatan besi dan terbakar dalam kemalangan di Kilometer 365.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) awal pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu Pajero dikenali sebagai Lau Hock Hing @ Lau Foo Hin, 83, dan penumpang, Pang Ah Kau @ Pang Ko Yung, 76, masing-masing beralamat di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata siasatan awal yang dijalankan di lokasi kejadian mendapati pemandu lori berusia 31 tahun sedang berhenti di hentian kecemasan di kiri jalan untuk berehat.

“Kira-kira jam 5.45 pagi, pemandu lori terbabit dikejutkan orang awam yang memaklumkan kenderaannya dilanggar di bahagian belakang oleh Pajero tersebut.

“Impak daripada kemalangan itu, Pajero tersebut telah terbakar di bahagian hadapan.

“Rempuhan itu turut mengakibatkan kedua-dua pemandu dan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Slim River untuk urusan bedah siasat manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

ARTIKEL BERKAITAN

Dua warga emas maut pacuan empat roda rempuh belakang lori

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI