Pandangan Dr Akmal perlu dibawa ke MKT UMNO dahulu – Zambry

LUMUT – Sebarang usul termasuk desakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh agar parti itu meninggalkan Kerajaan Perpaduan perlu terlebih dahulu dibawa kepada pertimbangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Ahli MKT UMNO merangkap Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, setiap pandangan, cadangan atau usul yang dikemukakan dalam parti perlu mengikut saluran serta mekanisme yang telah ditetapkan dalam parti.

“Itu adalah pandangan Pemuda UMNO. Namun sepertimana yang disebutkan, apa pun desakan, langkah-langkah atau syor yang dibuat mereka, perkara itu akan diserahkan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu MKT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Kembali ke Sekolah bersama Menteri Pendidikan Tinggi di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung di sini, pada Ahad.

pandangan Dr Akmal perlu pertimbangan MKT UMNO UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, desakan Pemuda UMNO, Majlis Kerja Tertinggi UMNO, kenyataan Zambry Abd Kadir, politik UMNO BN, Kerajaan Perpaduan Malaysia, isu hala tuju UMNO, konvensyen Pemuda UMNO
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bergambar bersama pelajar sekolah pada Program Kembali ke Sekolah bersama Menteri Pendidikan Tinggi di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 JANUARI 2026.

Mengulas lanjut, Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata, meskipun terdapat desakan tertentu, kepimpinan Pemuda UMNO sendiri menyedari bahawa sebarang keputusan berkaitan hala tuju parti perlu dibuat dengan kematangan.

“Daripada segi suara yang mereka zahirkan itu tentunya akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi kerana proses membuat keputusan itu dalam konteks UMNO, ia adalah merupakan proses yang penuh dengan kematangan.

“Lantaran itu, dalam konteks ini juga, seperti yang kita dengar, walaupun desakan yang dibuat, tetapi saudara Muhammad Akmal juga sedar bahawa apa pun keputusan itu, ia akan diserahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO,” katanya lagi.

Pada Sabtu media melaporkan, Mohamad Akmal menuntut agar UMNO menarik diri daripada kerjasama politik dengan Kerajaan Perpaduan susulan dakwaan pimpinan komponen gagal menghormati garis merah orang Melayu dan Islam.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut mengulangi gesaan agar wujud sebuah permuafakatan antara UMNO dan Pas sebagai langkah menyatukan orang Melayu.

Berucap dalam Konvensyen Khas Pemuda UMNO, Mohamad Akmal juga mencadangkan agar UMNO memilih untuk berada di blok pembangkang sekiranya mengambil keputusan keluar daripada kerajaan sedia ada. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pemuda desak UMNO tarik diri kerjasama politik, Kerajaan Perpaduan gagal hormati garis merah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI