Pandu lebih had laju catat jumlah tertinggi – JPJ

IPOH – Sebanyak 27,329 notis membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang pelaksanaan Ops Khas Sembilan Kesalahan Utama bagi tempoh 1 hingga 13 Februari lalu.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, memandu melebihi had laju adalah kesalahan paling tinggi direkodkan dengan 19,722 notis dikeluarkan diikuti melanggar lampu isyarat merah (4,283), tidak pakai tali pinggang atau topi keledar (1,700) dan muatan bahaya (681).

Menurutnya, kesalahan lain turut meliputi memandu di lorong kecemasan (277), menggunakan telefon bimbit (263), memotong barisan (190), memotong di garisan berkembar (171) dan memandu kenderaan berat di lorong laju (42).

Kesalahan memandu laju catat jumlah tertinggi
Pengarah Kanan Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Lokman Jamaan memeriksa pemandu kenderaan ketika hadir meninjau Ops Khas Motosikal dan Ops Khas Sembilan Kesalahan Utama di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 FEBRUARI 2024.

“Modus operandi yang dijalankan adalah menggunakan kaedah pemantauan di lampu isyarat, Sekatan Jalan Raya (SJR) dan snap check yang melibatkan midpoint atau laluan utama pengendali motosikal JPJ.

“Ini selaras dengan usaha meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.

“Selain itu, kita akan terus mengukuhkan lagi usaha melalui strategi tindakan penguatkuasaan berterusan bagi mendidik pengendali motosikal untuk sentiasa mematuhi peraturan dan berhemah semasa memandu serta memupuk nilai selamat untuk mengawal sikap serta mengelak risiko dan kecuaian,” katanya.

Kesalahan memandu laju catat jumlah tertinggi
Pengarah Kanan Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Lokman Jamaan memeriksa pemandu kenderaan ketika hadir meninjau Ops Khas Motosikal dan Ops Khas Sembilan Kesalahan Utama di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 FEBRUARI 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Ops Khas Motosikal dan Ops Khas Sembilan Kesalahan Utama yang dijalankan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Jalan Brash, di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yussoff Abustan.

Operasi ini turut disertai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Dalam pada itu, Lokman turut menegaskan supaya pengendali motosikal mengubah sikap dengan tidak melakukan kesalahan seperti melanggar lampu isyarat, cuai keluar masuk simpang, berlumba, memandu melebihi had laju dan melulu antara yang menjadi punca kemalangan maut di jalan raya.

Kesalahan memandu laju catat jumlah tertinggi
Pengarah Kanan Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Lokman Jamaan memeriksa pemandu kenderaan ketika hadir meninjau Ops Khas Motosikal dan Ops Khas Sembilan Kesalahan Utama di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 FEBRUARI 2024.

Sementara itu, beliau memaklumkan JPJ telah menerima aduan awam sebanyak 3,440 kes pelbagai kesalahan yang dimuat naik di e-aduan@jpj.gov.my  dan aduantrafik@jpj.gov.my bagi tempoh yang sama.

“Antara aduan awam tertinggi yang diterima termasuklah kesalahan menggunakan lorong kecemasan serta mengganggu kelancaran trafik, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar.

“Sehubungan itu, kita menyeru orang awam untuk melaporkan aduan secara terus atau real time dengan menggunakan Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj.gov.my atau emel aduantrafik@jpj.gov.my beserta dengan butiran lengkap aduan,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

JPJ Perak sedia 20,000 slip pembaharuan LMM sebagai permulaan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI