Panggilan jiran tidak bersahut, warga emas meninggal dunia dalam rumah

IPOH – Seorang warga emas lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah berkunci di Gerbang Meru Indah, di Meru Raya di sini, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.20 malam.

Katanya, pihak jiran melaporkan kepada bomba bahawa mangsa dikhuatiri terperangkap dalam rumah selepas tidak kelihatan sejak Selasa.

“Jiran memberitahu bahawa mangsa tidak kelihatan sejak semalam (Selasa) selain panggilan daripada jiran kepada warga emas itu tidak bersahut dari dalam rumah.

“Susulan itu, seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi membawa keluar mangsa yang berusia 66 tahun itu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

warga emas ditemui meninggal dunia di Meru Raya lelaki ditemui meninggal dunia di Ipoh kejadian kematian Gerbang Meru Indah JBPM Perak operasi rumah berkunci bomba Meru Raya buka pintu rumah warga emas meninggal dunia dalam rumah
Pasukan bomba sedang melaksanakan kerja-kerja pemotongan jeriji pintu besi ekoran seorang lelaki warga emas dikhuatiri tidak sedarkan diri dalam sebuah rumah berkunci di Gerbang Meru Indah, di Meru Raya, Ipoh

Beliau berkata, pasukan bomba menggunakan alat pemotong khas bagi kerja-kerja pemotongan pintu jeriji besi bagi memeriksa keadaan mangsa di rumah terbabit.

“Mangsa berjaya dibawa keluar dari rumah berkenaan dengan menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Suhaimi Ab Samad itu tamat pada jam 8.37 malam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki meninggal dunia dalam rumah terkunci

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI