Paras air di tiga kawasan di Perak lepasi tahap bahaya

IPOH – Paras air di tiga kawasan di Perak mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya manakala tiga kawasan lagi melepasi paras amaran setakat jam 7.15 petang pada Selasa.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan berkata, Sungai Rui di Jambatan Jalan Raya Perak (RHN), Hulu Perak merekodkan bacaan 166.03 meter melepasi paras bahaya 165.90 meter.

“Sungai Slim di Slim River di daerah Mualim turut mencatatkan bacaan 25.47 meter melepasi paras bahaya 25.40

“Sebuah lagi kawasan adalah Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak yang merekodkan bacaan 3.76 meter melepasi paras bahaya 3.50 meter,” katanya.

Menurut JPBN Perak tiga sungai yang melepasi paras amaran adalah Sungai Perak di Kuala Kenderong, Hulu Perak (111.90m), Sungai Raia di Keramat Pulai, Kinta (44.77m) dan Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang (RHN), Kampar (23.26m).

“Hanya satu kawasan sahaja yang merekodkan paras air berjaga-jaga di negeri ini iaitu melibatkan Sungai Perak di Teluk Sena, Perak Tengah pada bacaan 11.28 meter,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataan sama, JPBN Perak turut memaklumkan sebuah jalan di Perak Tengah iaitu A175 (Jalan Selat Pulau – Pebayan) ditutup kepada semua kenderaan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak Tengah daerah baharu dilanda banjir di Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI